-->
Fatin Syikeen's

Friday, 12 August 2011

bagaimana nk kekalkan hubungan jarak jauh??

selamat malam korg ! erm kali ney entry ak sbanarnye nk mnceritakan
tips2 untuk mengekalkan hubungan cinta jarak jauh . act ak pon lam situasi
ney skunk . ngeee . so,td ak ad la ushar2 tips2 nk kekalkan hbungn jarak
jauh ney . n ttbe rase nk share korg . yela, mgkin ad antara korg yg tgah hadapi
situasi ney skunk sme ngn ak . act, hubungan jarak jauh bukanlah bererti berakhirnya
sebuah hubungan kte dgn si dye . Mungkin disebabkan oleh beberapa perkara yang
memaksa kte n psangan berpisah untuk sementara. Oleh itu, kte perlu melakukan
sesuatu supaya hubungan yang dijalinkan berjalan seperti biasa.

so , kt bawah ney ad beberape tips yg boleh kte ambil utk mengekalkn hubungan
jarak jauh yg kte jalin ngn si dye .
1. TETAP BERHUBUNGAN SETIAP MASA

Tidak terputus hubungan adalah kunci perhubungan cinta jarak jauh.
Chatting, sms atau email secara teratur adalah salah satu langkah terbaik
yang dapat dilakukan bagi menyelamatkan sesebuah perhubungan.

2. CUBA AJAK SI DIA BER'WEB CAM'
Cara ini sememangnya terbukti berkesan kerana walaupun anda berjauhan
dengan si dia, rindu anda akan terubat tatkala memandang wajahnya .

3. TANAM SIFAT PERCAYA PADA PASANGAN
Bukan mudah untuk kita berjauhan dengan orang tersayang. Pabila teringat,
pasti timbul bibit curiga mula mengulit perasaan. Setiakah dia di sana?
Sebenarnya, kepercayaan adalah satu perkara penting untuk hubungan ini.
Bina sifat percaya antara kedua-dua belah pihak kerana ia penting untuk
mengelakkan diri daripada sentiasa berfikiran negatif antara satu sama lain.

4. JANGAN BIARKAN PERSELISIHAN FAHAM BERPANJANGAN
Jika berlaku perselisihan faham, selesaikan dengan segera, jangan dibiarkan
terlalu lama kerana takut menjadi semakin rumit. jangan sesekali mengabaikan
mesejnya.

5. BERKONGSI GAMBAR DENGAN SI DIA
Berkongsi gambar juga merupakan salah satu cara untuk mengeratkan hubungan
anda dengan si dia. Zaman sekarang ni sudah canggih, jadi tak perlu risau,
melalui laman sosial seperti FACEBOOK dan Twitter saja, anda sudah boleh
berkongsi bersama segala macam jenis gambar yang anda inginkan. Mahu lebih
romantik? Apa kata sekiranya anda menghantar e-mel kepadanya, sekurang-kurangnya,
hanya si dia saja yang boleh melihat gambar anda. Maklumlah, kenangan romantis
bersama mana boleh dikongsi beramai-ramai.

6. ELAKKAN PERASAAN CEMBURU YANG KETERLALUAN
Atau perasaan syak wasangka yang berlebihan. Sikap tersebut bakal merosakkan
hubungan cinta anda. Penting sekali bagi anda untuk mempercayainya walaupun dia
berada jauh dan tidak boleh dilihat dengan mata. Cuba belajar untuk mempercayai
dirinya. Percayalah, si dia akan lebih menghargai anda kerana sikap anda itu.
Posted by FatinNurasyikeen at 13:15
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

4 comments:

Unknown said...

awwwww.. boleh try:) hehe

12 August 2011 at 14:53
FatinNurasyikeen said...

hee . silalah :)

12 August 2011 at 22:58
Anonymous said...

molek!!!!!!!!!!

13 August 2011 at 08:40
ashafanie said...

wah3

13 August 2011 at 09:12

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)



-2nd Sem MOOD-
27 Mac 2012

Miss Asyikeen

Total Pageview

Facebook !

Fatin Syikeen

Create Your Badge
Daisypath Graduation tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Quote of the Day

"lyssa's tutorial"

Ya Pinky Winky

"Butik Fiqra"

My site is worthRM 47,365.32

Blog Archive

  • ▼  2011 (11)
    • ►  June (1)
    • ►  July (5)
    • ▼  August (5)
      • rutin hidup aku d bulan Ramadhan ini . ngeeeee ~
      • * aku ingin jadi seorang kekasih yang baik pada si...
      • Percaya Padaku ~
      • kaviti ?? eeeeiiii ,, xnk !!!!!!
      • bagaimana nk kekalkan hubungan jarak jauh??
  • ►  2012 (14)
    • ►  January (5)
    • ►  February (2)
    • ►  March (6)
    • ►  April (1)
Picture Window theme. Powered by Blogger.